Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

My Resepi

Jom sama2 kongsi resepi dari dapur saya! Ringkas, mudah tapi sedap!!! itu kata suami saya, hehehe..

Sempena bulan Ramadhan ni, byk la teringin nak makan tu, makan ni..Antaranya, ikan percik, ayam percik, kerabu mangga, ikan bakar cicah air asam, sambal udang dan petai, ayam padprik, sayur masak lemak, dan pelbagai lagi. Tapi, kalau beli kat bazar Ramadhan, kadang2 nasib baik, sedap! Masalahnya nasib xselalu baik. kadang2 beli ayam tempayan yg harganya RM25 sekor, tp rasa hampeh, kering dan xsedap. Pendek kata, masak sendiri juge la sedap, walaupun ringkas je. Betul x???

Ari ni, saya nak kongsi resepi Ikan Percik Simple dan Kerabu Mangga yang saya hidangkan sebagai juadah berbuka puasa. Alhamdulillah Papa dan Alya pun suka sangat.

Ikan Percik Simple ...


Bahan:
2 ekor ikan kembung
4 ulas bawang merah (dikisar)
1 ulas bawang putih (dikisar)
1/2 inci halia (dikisar)
2 btg serai (diketuk)
1 sudu cili giling
sedikit belacan
secawan air
3 senduk santan pekat
garam dan gula secukup rasa.

Kaedah:
1. Bakar ikan kembung.
2. Sediakan kuah percik simple, dengan menumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau.
3. Masukkan 1 sudu cili giling dan sambung menumis sekejap. Masukkan secawan air, serai, dan sedikit belacan yang telah dibakar.
4. Masukkan 3 senduk nasi santan pekat, garam dan gula secukup rasa, dan kacau sehingga kuah menjadi pekat.
5. Taburkan kuah percik simple ni atas ikan kembung yang telah dibakar td..tadaaaa sedia utk dihidang !!!

Kerabu Mangga


Bahan:
1. 2 biji buah mangga apple yang muda
2. 2 biji bawang merah (didadu)
3. cili padi
4. 1 biji tomata (didadu)
5. 3 sudu udang kering
6. Garam dan gula secekup rasa

Kaedah:
1. Potong jejari atau sagat mangga muda ke dalam mangkuk.
2. Masukkan bawang merah dan tomato yang dipotong dadu dan cili padi dihiris nipis.
3. Goreng udang kering di atas kuali tanpa minyak.
4. Tumbuk halus udang kering dan dimasukkan bersama bahan di atas.
5. Kacau gula dan garam secukup rasa dengan sedikit air sampai hancur. Masukkan bersama bahan di atas dan gaul sehingga sebati. Siap untuk dihidang....

Selamat mencuba resepi yang simple ni yea kawan2...

p/s: Terima kasih kat ohm Najib (Ladang FPB) kerana bekalkan aku mangga apple muda yang segar dr ladang rumahnya..hehehe...


3 comments:

  1. sedappppnyeeee......tliur pose2 nih

    ReplyDelete
  2. Sedap2..nak minta mangga jugak dengan OHM najib

    ReplyDelete
  3. simpan dalam peti ais lagi sedap. Rangup mangga tu bunyi kruk2 bila kunyah. hehehe..

    ReplyDelete