26 Ogos 2015, Day 1, 7.00am
Terjaga dari tidur aku terus bergegas nak ke bilik air untuk berwuduk, tiba2 air ketuban aku pecah. Terus terduduk atas sofa merah depan tv..terkejut? gembira kerana masa yang dinanti2 telah tiba? berdebar2? Semua perasaan bercampur baur dah masa tu. Mama suruh aku mandi dan bersarapan sebelum ke hospital. Belum sempat bersarapan, aku rasa macam nak terbuang air besar laaa plak..Aaahhh takleh jadi ni, kena ke hospital segera!!! Tapi tak rasa sakit apa2 pun lagi..
7.30am
Tiba di hospital, labor room. Nurse check jalan baru 3cm. Aku disuntik antibiotik supaya tiada infection pada baby dan diberi ubat lawas untuk membuang air besar. Aku dimasukkan ke wad bersalin sehingga berlaku kontraksi. Memandangkan aku dah leaking,,aku ada masa sehingga 18jam je untuk beranak. Kalau masih tak beranak dalam masa tu, aku akan dihantar ke HUSM Kota Bharu kerana di Hospital Tengku Anis (HTA) Pasir Puteh tiada doktor pakar jika ada apa2 masalah.
10.00am
Mama, Aidil (suami) dan Alya (anak sulung) sampai di HTA. Mama masuk menemani aku di wad manakala Aidil dan Alya menunggu di luar kerana masih belum waktu melawat. Masa ni lah mama duk usap dan pusing2 perut aku (bahagian pusat). Mama aku ni pesara mak bidan, jadi ada ilmu sedikit sebanyak. Semua staf2 nurse di wad tu kawan2 dia..jadi senang la aku. Ada keistimewaan la sikit, tak banyak pun. Masa mama duk usap2 perut aku sambil dibacanya doa nabi Yunus,,aku pun mula rasa kontraksi. Mula2 10 minit sekali..lepas tu 5 minit sekali..lepas tu rasa cam nak berak..Jom kita masuk labor room...
11.00am
Masuk labor room. Check jalan baru 5cm. Aku disuruh tunggu sehingga 10cm baru boleh meneran. Mama setia bersama disisiku..Mama banyak bagi nasihat dan ingatkan aku untuk selalu baca doa nabi Yunus agar mudah bersalin. Masa sakit, buka mulut tarik nafas dalam2. Padahal aku duk prektis pernafasan hypnobirthing masa mengandung. Tapi bila dah sakit sangat ni, semua tu tak ingat langsung. Hanya "Allah..Allah..." sambil berpaut pada katil.
1.35pm
Aku dah mula menunjukkan tanda2 meneran..Mama call Aidil untuk bersiap sedia depan pintu labor room in case nurse nak panggil masuk. Tak lama lepas mama call Aidil pun muncul depan aku. Lega rasa hati..suami dan mak ada bersama. Alya dah balik ke rumah bersama mak longnya. Aku rasa aku dah ready untuk meneran...nurse (Kak Ezah) pun suruh aku duduk dalam posisi. Sekali teran nampak crowning, kali kedua teran memang agak panjang, terus kuar baby girl yang comel, putih melepak, hidung mancung..hehe. tak macam aku langsung :p
ALHAMDULILLAH.....tarik nafas lega. Sesi jahit menjahit pun bermula. Nasib baik 3 jahitan je.
27 Ogos 2015, Day 2, 10.00am
Menginapla aku semalaman di 'hotel' wad bersalin HTA. Mama temankan. 9.00am doktor check jahitan, semua ok. Baby pun dah peepee dan poopoo. Alhamdulillah kami dibenarkan balik......
29 Ogos 2015, Day 4
Tali pusat baby dah luruh. Baby pulak kena jaundice.
Test SB baby = 13.1. Kena repeat Sb test every 2days.
1 Sept 2015, Day 6
Repeat SB test = 13.7. Naikkkk sikit.
3 Sept 2015, Day 8
Repeat SB test = 11.7. Alhamdulillah ada penurunan. Tapi...ada macam kenan (biji2 berisi nanah) plak di kepala, muka, dada, belakang leher, dan lengan baby. Doc ckp macam folliculicutis, sebab dia tumbuh di folikel rambut. Baby tak demam. Jadi doc bagi antibiotik.
4 Sept 2015, Day 9
Jumaat yang barokah, kami adakan majlis cukur jambul Iman, dan tahlil serta bacaan quran untuk arwah pa. Alhamdulillah majlis berjalan dengan sangat lancar. Cuaca pun baik, tak hujan.. Terima kasih tak terhingga Makwe, Cikyah dan jiran2 yang datang membantu di dapur.
5 Sept 2015, Day 10
Repeat SB test (di HTA) = 8.0 Alhamdulillah... Iman dah get over jaundice. Kenan di kepala pun macam dah beransur surut. Semoga Iman mama cepat sembuh, tak nangis2 dan berjaga malam ye syg..
Bersambung..
5 Sept 2015, Day 10
Repeat SB test (di HTA) = 8.0 Alhamdulillah... Iman dah get over jaundice. Kenan di kepala pun macam dah beransur surut. Semoga Iman mama cepat sembuh, tak nangis2 dan berjaga malam ye syg..
Bersambung..
No comments:
Post a Comment