Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday 31 October 2013

Angkara terlampau bengang...

Kini hampir 2 bulan kehidupan kami di kampung Wageningen, The Netherlands. Alhamdulillah segalanya sudah agak teratur sejak kami mendapat line internet di rumah kami. Jadi, bolehla kami meneruskan kehidupan di bumi asing ini dengan lebih sempurna. Ye lah, kat sini semuanya online...dengar kata nak buat report polis pun kena online. Nak jumpa Doktor pun kena daftar online dulu...Lagipun kesian suami dan anak di rumah xdapat nak berhubung dengan keluarga melalui skype dan sebagainya.

Sistem di Netherlands ni semuanya bersistem dan lambat. Urghhhh nama je negara maju! Contohnya, aku mula mendaftar untuk melanggan internet dari sebuah syarikat dikenali sebagai Online.nl pada 11 September 2013. Penghantaran modem ke rumah mengambil masa selama 2 minggu, seterusnya seminggu kemudian dijangkakan mendapat line internet (3 minggu semuanya). Pada 1 oktober 2013, signal internet yang diharapkan xjua kunjung tiba...sabarr...Maka, aku pun mula telefon syarikat internet berkenaan untuk menyelesaikan masalah aku ni..Di sini lah bermula....(diceritakan di dalam surat berkenaan).



 
 
 

Sebelum aku tulis surat ni, dah berbagai-bagai cara aku buat..test modem lama di rumah kawan sbb ingatkan modem rosak, aku pun ada panggil kawan datang tengok cable wiring, even penyewa rumah sebelum ni pun datang untuk tengok sambungan modem, katanya xade masalah..Masa ni lah, aku letih nak bertekak ngan customer service syarikat ni..Niat di hati nak batalkan aje kontrak ni!!
 
Tapi Alhamdulillah dengan bantuan kawan sepejabat memberi idea untuk menulis surat ni, akhirnya aku berjaya meyakinkan syarikat ni untuk tidak mengenakan apa-apa bayaran ke atas upah technician yang xberapa membantu tu...Akhirnya syarikat telah menghantar technician dari syarikat lain (ie. KPN) untuk set up line internet di rumahku dan Alhamdulillah pada 16 Oktober 2013, kami dapat menggunakan internet yang diidam-idamkan ituwww...Kalau kat Malaysia, rasanya masalah cam ni boleh setel dlm 3 hari je, paling lama pun seminggu...Malaysia maju! hehehe...
 
Aku masih menunggu bil pertama internet yang akan kunjung tiba xlama lagiii...