Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday 17 August 2014

Beraya sakan

Beraya sakan jugak kami di sini walaupun jauh dari Malaysia. Tak kurang meriahnya juga dengan pelbagai juadah hari raya. Tua dan muda saling bermaafan.

Walau di mana jua kami berada, doa dan ingatan tulus ikhlas tetap dititipkan untuk ayah bonda dan sanak saudara di kampung halaman. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin dari anakanda sekeluarga.
Ececece mcm salam perantau plak..


Solat Aidilfitri di Kedutaan Malaysia, The Hague

Tak kurang meriah kan..

Kami sekeluarga

Separuh dari Wageningen beraya

From Wageningen with love di Aidilfitri

Peace...

Malam raya

Tuesday 12 August 2014

Persediaan ke Wageningen, Netherlands (Rumah oh Rumah)

Assalamualaikum,

Lama benar dah aku xmencoret di kanvas alam maya ini, ntahlaaa..terlampau sibuk dengan pelajaran atau malas..dua2 kot. Kebelakangan ni, ramai plak yang nak datang belajar samada peringkat MSc atau PhD di Wageningen UR ni, jadi ade baiknya kalau aku terus mencoret di sini agar tidak lupa dan boleh berkongsi dengan yang lain, In sha Allah semoga bermanfaat.

Bila bercakap pasal persediaan, perkara pertama adalah RUMAH. Bagi yang datang bersama keluarga, tentulah rumah yang difikirkan dahulu selain pasal pendidikan anak2, peluang pekerjaan pasangan, keperluan bahasa, insurans, isteri nak bersalin,,dan mcm2 lagi lah. Tapi jangan bimbang,, kita kayuh slow2 okay!

Bukan mudah ye nak mencari rumah di kampung Wageningen ni.. Dinasihatkan cari lah awal-awal 2,3 bulan sebelum tarikh nak ke sini. Universiti ada juga menyediakan rumah untuk pelajar PhD yang berkeluarga tapi...waiting list nya panjang yang amat, makan masa setahun baru dapat. Tu pun kalau bernasib baik..

Jadi, permulaan ni mmg kena cari rumah private market. Oklah, korang boleh rujuk beberapa web ni untuk cari rumah. Guna Google Chrome ye sbb boleh terus translate bahasa dutch ke english, lagi senang keje kita :)

Tips:
1. Kalau boleh korang negotiate lah dgn owner rumah atau agen supaya dlm kontrak rumah nanti, jadikan basic rent tidak melebihi Euro 650. Contohnya sewa rumah korang Euro 800. Mintak dijadikan basic rent Euro 650 dan selebihnya sebagai service cost or whatever. Sebabnya kalau basic rent xmelebihi Euro 650, kita layak untuk apply subsidy sewa rumah dari kerajaan Belanda..byk jgk tu..dalam Euro 297 sebulan. Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk link http://www.housingdeskwageningen.nl/rent-subsidy/

Internet yang paling murah Euro 10 je sebulan. Aku pakai yg ni je https://www.online.nl/

So, bolehla korang bajet perbelanjaan basic rumah monthly.

2. Biasanya owner lagi suka kalau kita ikat kontrak rumah selama setahun. Elok dah tu, if korang xpuas hati dgn rumah tu, after setahun boleh la cari rumah lain yang lagi murah, dekat dgn uni, or yang lagi selesa..Tepuk dada tanya selera masing2.. :)

3. Sistem kat cni biasanya on d basis of 'first come first serve',,jadi korang kena la cepat2 react!!

Oklah korang,,,,banyakkan bersabar dan doa dalam mencari rumah yang terbaik untuk kalian. Good Luck dan Selamat mencari rumah ye... :)

Saturday 22 March 2014

Toilet training



When I first started toilet training a month ago, my 3 years old daughter has a lot of accidents. I have days when she has no accident at all but other days when she just can't bothered. Every time she went to the toilet I jumped around with excitement and gave her rewards (hugs and kisses) for going to the toilet. Alya took the time to understand the whole process and wears nappy through the night still. But I'm happy that she learns quickly and enjoy toilet training!

After about 3 months of training, she is now completely fine without diaper during day and night. I am super happy with her..(update)

Tips:

1. Keep the toilet clean with fresh scent fragrance
2. Removable toilet bowl for kids is really helpful
3. I prepare a plastic step for her, so she can go to the toilet by herself :)