Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday 24 December 2013

Satay dan kuah kacang mudah dan sedap

Assalamualaikum,

Entry kali ni nak citer pasal masak2 la plak..Bila berada di negara orang, memang teringin dan rindu sangat nak makan satay.. Hari ni, aku buat satay kegemaran suami dan anak. Resepinya sangat mudah, ringkas dan sedap (yang penting anak dan suami suke..Alhamdulillah :))

Elok jugak buat aktiviti masak-masak dihujung minggu.

Resepi (3 orang makan)

Isi ayam - dipotong dadu
250g kacang tanah
2 biji bawang merah besar - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
2 cm halia - diketuk
5 sb cili kering yang dikisar
1 Gula melaka
minyak masak
4-5 cawan air
Garam

*Bahan perap: Kisar bersama 2 batang serai, 1 biji bawang merah besar, 3 ulas bawang putih, sedikit kunyit, garam dan gula secukup rasa.

Cara cara:

Satay
Potong dadu isi ayam dan perap* selama 3 jam atau semalaman. Cucuk ayam pada lidi dan bakar dalam ketuhar pada 150C selama 30-40 minit. Pastu aku letak kejap atas kuali utk bagi effect hangit sikit. Resepi perapan satay aku rujuk yang ni best http://resepipenjaja.blogspot.nl/p/sate.html.

Kuah kacang
Sangai kacang dengan menggunakan sedikit minyak (minyak tu optional supaya cepat masak). Apabila siap disangai, biarkan kacang sejuk sedikit kemudian ramas2 untuk buang kulit. Betul tak bahasa aku ramas2 tu..? Lantakla asal korang faham :)


Kisar kacang yang telah dibuang kulit tadi dengan sedikit air, dalam blender. Jangan terlalu hancur. 

Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau semerbak. Kemudian masukkan cili kering kisar dan teruskan menumis sehingga pecah minyak.

en. suami yang mayangkan, sebab tu tak berapa halus...hehe.
Apabila sudah pecah minyak, masukkan kacang yang dikisar tadi. Kemudian masukkan kira-kira 4-5 cawan air. Kuah kacang akan jadi pekat bila dah sejuk, jadi agak-agakla berapa banyak air.

Camni lah rupanya...
Bila dah menggelegak, masukkan gula melaka dan garam secukup rasa.


Nasi Impit
Kami tak jumpa plastik tahan haba di Holland ni, jadi buat camni..Tanak 3 cawan beras dengan 8 cawan air dalam periuk nasi seperti biasa. Apabila sudah masak, sendukkan nasi ke dalam plastik zip dan biarkan sejuk.

Camni haa...
Haa...dah pun siap dan boleh dihidang. Anak dan suami memang suka makan satay ni. Terubat la sedikit rindu akan kampung halaman...

Tadaaa...Satay di Wageningen, Netherlands.
Selamat mencuba ye...boleh juga tinggalkan komen untuk sebarang cadangan dan penambahbaikan.

No comments:

Post a Comment