![]() |
Baby @10W4D... |
Alhamdulillah usia kandungan saya dah 10W4D, hampir 3 bulan...Sengaja saya uploadkan gambar ni terbalik kerana begitulah kedudukan janin bayi dalam keadaan sujud. Kembali kita ke fitrah manusia, setiap manusia dilahirkan sebagai Muslim, sehingga tidak perlu melakukan syahadat ulang. Dalam aqidah Islam, tidak
ada orang yang lahir dalam keadaan kafir. Sebab jauh sebelum bayi itu
lahir, Allah SWT telah meminta mereka untuk berikrar tentang masalah
tauhid, iaitu mengakui bahwa Allah SWT adalah tuhannya.
Di dalam Al-Quran Al-Kariem, hal ini ditegaskan sehingga tidak ada
alasan untuk mengatakan bahawa bayi lahir itu dalam keadaan kafir.
Dan ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi
mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka, "Bukankah Aku
ini Tuhanmu?" Mereka menjawab,
"Betul, kami menjadi saksi." agar di
hari kiamat kamu tidak mengatakan, "Sesungguhnya kami adalah orang-orang
yang lengah terhadap ini."
(QS Al-A'raf: 172)
(QS Al-A'raf: 172)
Rasulullah SAW bersabda, "Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, kecuali orang tuanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi." (HR Bukhari 1296).
Saya ingin kongsi video yang baru saya tonton dari YouTube (ntah laaa boleh donlot kat cni or x..xpandai sgt bab ni). Nampaknya saya belum berjaya lagi nak upload video tu. Mohon jasa baik kwn2 yg berminat tengok sendiri kat sini yea... http://www.youtube.com/watch?v=bg2j9363yVY
Dalam video ini seorang
ibu hamil dibacakan ayat-ayat Al-Qur’an, dan selama proses pembacaan
tersebut dipantau melalui alat USG kehamilan. Dan dapat dilihat
perbezaan posisi bayi sebelum dan sesudah dibacakan ayat-ayat Al-Qur’an.
Sebelum dibacakan ayat suci Al-Quran, bayi nampak aktif dalam
pergerakannya (normal memang macam ni). Kemudian dibacakan pula ayat
suci Al-Quran.. Subhanallah! Hasilnya ketika dibacakan surat Al-Fatihah
dan
Al-Baqarah janin bayi tampak terdiam dlm keadaan sujud… seakan-akan
mengenali suara-suara yang sedang dibacakan.
p/s: Sambil2 dengar lagu raya tu, apa salahnya diselang selikan dengan perdengarkan bacaan al-quran plak..Jom...
No comments:
Post a Comment