Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday 24 December 2013

Satay dan kuah kacang mudah dan sedap

Assalamualaikum,

Entry kali ni nak citer pasal masak2 la plak..Bila berada di negara orang, memang teringin dan rindu sangat nak makan satay.. Hari ni, aku buat satay kegemaran suami dan anak. Resepinya sangat mudah, ringkas dan sedap (yang penting anak dan suami suke..Alhamdulillah :))

Elok jugak buat aktiviti masak-masak dihujung minggu.

Resepi (3 orang makan)

Isi ayam - dipotong dadu
250g kacang tanah
2 biji bawang merah besar - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
2 cm halia - diketuk
5 sb cili kering yang dikisar
1 Gula melaka
minyak masak
4-5 cawan air
Garam

*Bahan perap: Kisar bersama 2 batang serai, 1 biji bawang merah besar, 3 ulas bawang putih, sedikit kunyit, garam dan gula secukup rasa.

Cara cara:

Satay
Potong dadu isi ayam dan perap* selama 3 jam atau semalaman. Cucuk ayam pada lidi dan bakar dalam ketuhar pada 150C selama 30-40 minit. Pastu aku letak kejap atas kuali utk bagi effect hangit sikit. Resepi perapan satay aku rujuk yang ni best http://resepipenjaja.blogspot.nl/p/sate.html.

Kuah kacang
Sangai kacang dengan menggunakan sedikit minyak (minyak tu optional supaya cepat masak). Apabila siap disangai, biarkan kacang sejuk sedikit kemudian ramas2 untuk buang kulit. Betul tak bahasa aku ramas2 tu..? Lantakla asal korang faham :)


Kisar kacang yang telah dibuang kulit tadi dengan sedikit air, dalam blender. Jangan terlalu hancur. 

Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau semerbak. Kemudian masukkan cili kering kisar dan teruskan menumis sehingga pecah minyak.

en. suami yang mayangkan, sebab tu tak berapa halus...hehe.
Apabila sudah pecah minyak, masukkan kacang yang dikisar tadi. Kemudian masukkan kira-kira 4-5 cawan air. Kuah kacang akan jadi pekat bila dah sejuk, jadi agak-agakla berapa banyak air.

Camni lah rupanya...
Bila dah menggelegak, masukkan gula melaka dan garam secukup rasa.


Nasi Impit
Kami tak jumpa plastik tahan haba di Holland ni, jadi buat camni..Tanak 3 cawan beras dengan 8 cawan air dalam periuk nasi seperti biasa. Apabila sudah masak, sendukkan nasi ke dalam plastik zip dan biarkan sejuk.

Camni haa...
Haa...dah pun siap dan boleh dihidang. Anak dan suami memang suka makan satay ni. Terubat la sedikit rindu akan kampung halaman...

Tadaaa...Satay di Wageningen, Netherlands.
Selamat mencuba ye...boleh juga tinggalkan komen untuk sebarang cadangan dan penambahbaikan.

Sunday 3 November 2013

Permohonan visa (MVV) ke Belanda

Assalamualaikum...Tak ramai yang tulis berkenaan proses-proses menyambung pelajaran PhD tajaan SLAB/SLAI di Belanda kan?? Itulah yang aku dapati sebelum datang ke Belanda ni. Jadi aku terpaksa bertanya pelajar-pelajar Malaysia di Belanda satu per satu melalui Facebook dan email. Alhamdulillah mereka sudi membantu walaupun terlalu sibuk dengan rutin harian mereka sebagai pelajar PhD di Wageningen University and Research Centre (WUR). Kebanyakan mereka ni adalah kakitangan akademik (tutor) dari UPM. Seoranag je dari UIAM. Dari UniSZA? Akulah yang pertama kot.. Maaflah terpaksa menyusahkan korang dengan soalanku yang bertubi-tubi tu yea...Persoalanku bermula dari urusan visa, kemudian rumah, sekolah anak, sehinggalah kehidupan sebagai seorang Muslim di sana...Walaupun aku pernah ke UK selama setahun semasa Master, tapi proses ke Belanda agak berbeza dengan UK. Ye lahhh kata orang, lain padang lain belalangnya kan..

Jadi aku harap dengan adanya blog ni dapatlah sedikit sebanyak membantu rakan-rakan yang bercita-cita nak menyambung pelajaran di Belanda terutamanya Wageningen University. Dari mana nak mula yea....?? 

Kenapa aku pilih Wageningen University?? Ahh..yang tu kena buat entry lain sbb panjang citenya...

Apa kata dari proses meng'approach' supervisor? Ahh..tu pun di entry lain lah..

Haaa...macam mana permohonan Visa ke Belanda? 

Proses permohonan visa ke Belanda rupanya tidaklah serumit yang disangkakan. Setelah aku dapat surat kelulusan SLAB/SLAI dari Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), perkara pertama yang aku lakukan ialah:

Emailkan surat tawaran SLAB/SLAI dan financial affidavit kepada supervisor dan seorang pegawai dari WUR yang uruskan permohonan visa. 

Kemudian, aku terima email daripada Pegawai WUR yang uruskan visa, seperti di bawah.. (Malasla nak taip...)

''To start the procedure I need a number of documents and some additional information. Could you please send me the following documents:

  • A copy (scan) of all the written and stamped pages of your passport (so also the pages with other visa etc.)
  • A copy (scan) of your MSc diploma and/or Doctor’s degree (PhD), and an official translation of this document.
  • A CV
  • A copy (scan) of the document in which the grant/scholarship has been awarded to you or other proof of income in which the amount per month and the period of validity is mentioned.
The additional information I would like to receive:

  • At which Dutch Embassy in your country do you want to get your MVV issued, once approved?
  • What is your marital status?
  • What is your home address?
  • Are you coming alone?
  • Have you ever lived in the Netherlands before? 
If you want to come to the Netherlands with family members, you need permission from your supervisor, due to the housing problems in Wageningen. Apart from that you need to send additional documents, like passports, birth certificates and/or your marriage certificate according to the requirements, so please let me know as soon as possible.

I would also like to ask you to prepare a copy of your original birth certificate  and a recent translation of this document by a sworn translator (not older than three months), and have it legalised at the Dutch Embassy (apostilled). This document should be brought when coming to the Netherlands. As soon as this document is ready I would appreciate you sending it to me by e-mail to enable me to see whether it is meeting the requirements of the Dutch Authorities. You will need this document when you will register as a temporary inhabitant of Wageningen at the Town Hall of Wageningen. Only official documents like birth certificates and, if applicable, marriage certificates or divorce certificates need to be legalised by the Dutch Embassy (or in some countries  apostilled). Please note, the original documents should stay attached to the question form, the translation and the legalisation and should be brought when coming to the Netherlands.

When you are married and you don’t take the legalized marriage certificate with you, the city hall will register you as single, not married. This may have consequences when your partner wants to visit you later. He/she might have problems applying for a Short Stay Visa or MVV visa when your marriage is not registered.

All documents should be translated into Dutch, English, French or German preferably in English or Dutch. Please send me the documents as soon as possible as scanned versions attached to an e-mail in JPG or PDF-files. As soon as I have all the documents and answers, in addition to the documents our organisation has to provide, I will apply for your entry visa (MVV). When your visa application is approved, I will send you an e-mail and you can collect your visa at the Dutch Embassy. When you have the visa in your passport, you can book an air ticket to the Netherlands and inform me about your arrival. We strongly advise you not to book an airplane ticket before you have the visa issued!!''


Haaa..dalam email tu dah terangkan apa yang diperlukan untuk apply visa.. Cuma, sijil lahir aku n suami jenis yang lama, jadi kami kena buat cabutan sijil lahir yg color hijau (macam budak2 punya birth cert) di JPN. Sijil dwibahasa tu utk ditranslate ke bahasa Inggeris. Lepas siap cabutan (siap on d spot je), aku hantar p translate kat mahkamah, pastu, p wisma putra utk cop oleh Ministry of Foreign Affair Malaysia. Lepas dah siap tu, baru p Dutch embassy. Sijil lahir yg hijau n yg dah ditranslate akan di cop (1 cop = RM104). Yg ni, sume by hand. Tapi, doc lain utk buat visa, sume aku emel pd officer WUR. Dia uruskan semuanya, then, bila dah siap visa, dia emel aku suruh call embassy utk wat appoinment, n settle kan cop2 ni.. pastu, aku p surrender passport di embassy by hand. Dalam seminggu, dorang pos passport n visa yang dah siap ke alamat rumah. Aku mintak dorang pos laju sebab malas nak drive dari Terengganu ke KL. 

Semua proses permohonan visa aku ni makan masa hampir 3 bulan tau,,tapi masa tu Belanda ubah diorang punya peraturan, so aku diminta utk re-apply dengan borang dan spesifikasi photo visa yang baru. Sebab tu lah lama tu....kalau biasa mungkin xsampai sebulan je kot. Tapi peraturan baru ni best, sebab kitorg terus dapat residence permit untuk 4 tahun (sepanjang tempoh pengajian). Sebelum ni, pelajar kena re-new diorg punye residence permit setahun sekali. Memang leceh la nak ke IND untuk re-new permit. 

Huargggggg dah ngantuk la...korang pun mesti dh ngantuk baca entry ni kan?? Apepun, harap dapat memberi manfaat kepada yang memerlukan. Jom tidooo...zzzzzz.....

Thursday 31 October 2013

Angkara terlampau bengang...

Kini hampir 2 bulan kehidupan kami di kampung Wageningen, The Netherlands. Alhamdulillah segalanya sudah agak teratur sejak kami mendapat line internet di rumah kami. Jadi, bolehla kami meneruskan kehidupan di bumi asing ini dengan lebih sempurna. Ye lah, kat sini semuanya online...dengar kata nak buat report polis pun kena online. Nak jumpa Doktor pun kena daftar online dulu...Lagipun kesian suami dan anak di rumah xdapat nak berhubung dengan keluarga melalui skype dan sebagainya.

Sistem di Netherlands ni semuanya bersistem dan lambat. Urghhhh nama je negara maju! Contohnya, aku mula mendaftar untuk melanggan internet dari sebuah syarikat dikenali sebagai Online.nl pada 11 September 2013. Penghantaran modem ke rumah mengambil masa selama 2 minggu, seterusnya seminggu kemudian dijangkakan mendapat line internet (3 minggu semuanya). Pada 1 oktober 2013, signal internet yang diharapkan xjua kunjung tiba...sabarr...Maka, aku pun mula telefon syarikat internet berkenaan untuk menyelesaikan masalah aku ni..Di sini lah bermula....(diceritakan di dalam surat berkenaan).



 
 
 

Sebelum aku tulis surat ni, dah berbagai-bagai cara aku buat..test modem lama di rumah kawan sbb ingatkan modem rosak, aku pun ada panggil kawan datang tengok cable wiring, even penyewa rumah sebelum ni pun datang untuk tengok sambungan modem, katanya xade masalah..Masa ni lah, aku letih nak bertekak ngan customer service syarikat ni..Niat di hati nak batalkan aje kontrak ni!!
 
Tapi Alhamdulillah dengan bantuan kawan sepejabat memberi idea untuk menulis surat ni, akhirnya aku berjaya meyakinkan syarikat ni untuk tidak mengenakan apa-apa bayaran ke atas upah technician yang xberapa membantu tu...Akhirnya syarikat telah menghantar technician dari syarikat lain (ie. KPN) untuk set up line internet di rumahku dan Alhamdulillah pada 16 Oktober 2013, kami dapat menggunakan internet yang diidam-idamkan ituwww...Kalau kat Malaysia, rasanya masalah cam ni boleh setel dlm 3 hari je, paling lama pun seminggu...Malaysia maju! hehehe...
 
Aku masih menunggu bil pertama internet yang akan kunjung tiba xlama lagiii...

Friday 17 May 2013

Homemade Ayam Tandoori

Ayam Tandoori
Dua, tiga hari lepas teringin sangat nak makan ayam tandoori. Teringat kalau makan kat Nandos atau Kenny Rogers Roasters niii, mau melayang RM 50-60 untuk 2 orang makan. Padahal buat sendiri xsampai RM 20 pun kosnya, mudah dan sedap plak tu. First trial ni kira jadi lah walaupun rupa buruk, hehe..Alya dan papa suka sangat, mama pun hepi lah..hehe

Resepi :
Ayam Tandoori

2 ketul peha ayam
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1 sudu serbuk jintan manis
1 sudu serbuk ketumbar
1 sudu serbuk cili
4 sudu yogurt
Garam secukup rasa
Sedikit pewarna merah (optional)
  1. Blendkan semua bahan di atas kecuali ayam.
  2. Perap pada ayam ( dalam plastik bertutup) semelaman atau sekurang-kurangnya 2 jam di dalam peti ais.
  3. Griskan loyang dengan mentega. 
  4. Bakar pada suhu 180 C selama sejam sehingga sejam setengah.

Salad

Hiris helaian kubis, celurkan carrot, potong sedikit capsicum dan bawang besar. Tips untuk rangupkan salad: rendam salad tersebut dalam air sejuk dan biarkan dalam peti ais seketika. Hidangkan bersama salad dressing. ermmm sedapnya....

Tadaaaa....hidangkan ayam tandoori tadi bersama salad dan fries.

Menu yang lengkap, Anak pun suka.