Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday 12 August 2014

Persediaan ke Wageningen, Netherlands (Rumah oh Rumah)

Assalamualaikum,

Lama benar dah aku xmencoret di kanvas alam maya ini, ntahlaaa..terlampau sibuk dengan pelajaran atau malas..dua2 kot. Kebelakangan ni, ramai plak yang nak datang belajar samada peringkat MSc atau PhD di Wageningen UR ni, jadi ade baiknya kalau aku terus mencoret di sini agar tidak lupa dan boleh berkongsi dengan yang lain, In sha Allah semoga bermanfaat.

Bila bercakap pasal persediaan, perkara pertama adalah RUMAH. Bagi yang datang bersama keluarga, tentulah rumah yang difikirkan dahulu selain pasal pendidikan anak2, peluang pekerjaan pasangan, keperluan bahasa, insurans, isteri nak bersalin,,dan mcm2 lagi lah. Tapi jangan bimbang,, kita kayuh slow2 okay!

Bukan mudah ye nak mencari rumah di kampung Wageningen ni.. Dinasihatkan cari lah awal-awal 2,3 bulan sebelum tarikh nak ke sini. Universiti ada juga menyediakan rumah untuk pelajar PhD yang berkeluarga tapi...waiting list nya panjang yang amat, makan masa setahun baru dapat. Tu pun kalau bernasib baik..

Jadi, permulaan ni mmg kena cari rumah private market. Oklah, korang boleh rujuk beberapa web ni untuk cari rumah. Guna Google Chrome ye sbb boleh terus translate bahasa dutch ke english, lagi senang keje kita :)

Tips:
1. Kalau boleh korang negotiate lah dgn owner rumah atau agen supaya dlm kontrak rumah nanti, jadikan basic rent tidak melebihi Euro 650. Contohnya sewa rumah korang Euro 800. Mintak dijadikan basic rent Euro 650 dan selebihnya sebagai service cost or whatever. Sebabnya kalau basic rent xmelebihi Euro 650, kita layak untuk apply subsidy sewa rumah dari kerajaan Belanda..byk jgk tu..dalam Euro 297 sebulan. Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk link http://www.housingdeskwageningen.nl/rent-subsidy/

Internet yang paling murah Euro 10 je sebulan. Aku pakai yg ni je https://www.online.nl/

So, bolehla korang bajet perbelanjaan basic rumah monthly.

2. Biasanya owner lagi suka kalau kita ikat kontrak rumah selama setahun. Elok dah tu, if korang xpuas hati dgn rumah tu, after setahun boleh la cari rumah lain yang lagi murah, dekat dgn uni, or yang lagi selesa..Tepuk dada tanya selera masing2.. :)

3. Sistem kat cni biasanya on d basis of 'first come first serve',,jadi korang kena la cepat2 react!!

Oklah korang,,,,banyakkan bersabar dan doa dalam mencari rumah yang terbaik untuk kalian. Good Luck dan Selamat mencari rumah ye... :)

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Salam Fatihah, saya blogwalking terjumpa blog awak pasal sewa rumah di Wage ni... sangat membantu... insyaAllah jumpa Okt nanti di Wage :)

    ReplyDelete