Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday 25 July 2012

Selamat Menyambut Ramadhan Kareem..

Ramadhan Kareem datang lagi...Alhamdulillah syukur Ya Allah kerna saya dan keluarga masih dapat bertemu dengan Ramadhan. 



Bulan Ramadan adalah bulan mulia yang dikenali sebagai bulan ibadah yang dipenuhi dengan kebaikan, hikmah dan barakah.  Hal ini telah dijelaskan oleh Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam:
 
قَدْ جَاءَ كُمْ رَمَضَانُ شَهْرٌ مُبَارَكٌ.
"Telah tiba kepada kamu bulan Ramadan, bulan keberkatan"  

Telah dimaklumi oleh sekalian muslim dan muslimah bahawa Allah Subhanahu wa-Ta'ala telah memerintahkan kepada setiap orang-orang yang beriman agar berpuasa di bulan Ramadan.  Terdapat banyak ayat-ayat muhkamat yang mewajibkan mereka berpuasa apabila tiba bulan Ramadan sebagaimana firman Allah:
 
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِىْ اُنْزِلَ فِيْهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَى وَالفُرِقَانِ ، فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ
 "Pada bulan Ramadan yang diturunkan al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan dari petunjuk, memperbezakan antara hak dengan yang batil maka sesiapa yang hadir di antara kamu di bulan itu hendaklah ia berpuasa". 
Al-Baqarah, 2:185.
            
Puasa dibulan Ramadan merupakan perisai dari melakukan maksiat dan kejahatan, penyelamat dari siksaan api neraka dan pembuka jalan untuk ke syurga.  Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:

مَنْ آمَنَا بِاللهِ وَبِرَسُوْلِهِ وَاَقَامَ الصَّلاَةِ وَصَامَ رَمَضَانَ كَانَ حَقًّا عَلَى اللهِ اَنْ يُدَخِّلَهُ الْجَنَّةَ.
 
"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan RasulNya, mendirikan solat dan berpuasa di bulan Ramadan, maka adalah satu kebenaran atas Allah memasukkannya ke syurga"

اَلصَّوْمُ جُنَّةٌ مِنْ عَذَابِ اللهِ.
                               "Puasa itu adalah perisai (penyelamat) dari azab Allah"

Monday 9 July 2012

Assalamualaikum

Sukacita dimaklumkan dengan ini, blog 'Aku Fatihah' dirasmikan pada 10 Julai 2012.

Hehehe...rasanya ni blog peribadi saya yg ke-4!!! Yg pertama ialah 'A small world of me', kedua 'ummuhumairah' dan ketiga 'Pokok Kita' tapi semuanya gagal kerana saya terlupa password. Mmg sah jenis pelupa..Tapi ketiga2 blog di atas rasanya masih boleh dibaca, cuma xblh nak update jek..huhu sowi..

Tapi, semangat utk berblog tiba2 memuncak sejak terbaca beberapa blog member yg menceritakan pengalaman suka duka hidup beliau. Korang tahu x..mmg seronok baca blog org, cuma nak menulis blog tu yg kdg2 masalah problem, kerana kekangan masa dan kemalasan yg melanda. Tapi, saya cuba juga lah...huhh chayok2!!!

Terima kasih kpd semua yang memberi galakan....