Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday 13 August 2012

Janin Bayi Sujud Ketika Diperdengarkan Bacaan Al-Quran

Baby @10W4D...

Alhamdulillah usia kandungan saya dah 10W4D, hampir 3 bulan...Sengaja saya uploadkan gambar ni terbalik kerana begitulah kedudukan janin bayi dalam keadaan sujud. Kembali kita ke fitrah manusia, setiap manusia dilahirkan sebagai Muslim, sehingga tidak perlu melakukan syahadat ulang. Dalam aqidah Islam, tidak ada orang yang lahir dalam keadaan kafir. Sebab jauh sebelum bayi itu lahir, Allah SWT telah meminta mereka untuk berikrar tentang masalah tauhid, iaitu mengakui bahwa Allah SWT adalah tuhannya.

Di dalam Al-Quran Al-Kariem, hal ini ditegaskan sehingga tidak ada alasan untuk mengatakan bahawa bayi lahir itu dalam keadaan kafir.   

Dan ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka, "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab,
"Betul, kami menjadi saksi." agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan, "Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang lengah terhadap ini."
(QS Al-A'raf: 172)

Rasulullah SAW bersabda, "Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, kecuali orang tuanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi." (HR Bukhari 1296).

Saya ingin kongsi video yang baru saya tonton dari YouTube (ntah laaa boleh donlot kat cni or x..xpandai sgt bab ni). Nampaknya saya belum berjaya lagi nak upload video tu. Mohon jasa baik kwn2 yg berminat tengok sendiri kat sini yea... http://www.youtube.com/watch?v=bg2j9363yVY

Dalam video ini seorang ibu hamil dibacakan ayat-ayat Al-Qur’an, dan selama proses pembacaan tersebut dipantau melalui alat USG kehamilan. Dan dapat dilihat perbezaan posisi bayi sebelum dan sesudah dibacakan ayat-ayat Al-Qur’an. Sebelum dibacakan ayat suci Al-Quran, bayi nampak aktif dalam pergerakannya (normal memang macam ni). Kemudian dibacakan pula ayat suci Al-Quran.. Subhanallah! Hasilnya ketika dibacakan surat Al-Fatihah dan Al-Baqarah janin bayi tampak terdiam dlm keadaan sujud… seakan-akan mengenali suara-suara yang sedang dibacakan.

p/s: Sambil2 dengar lagu raya tu, apa salahnya diselang selikan dengan perdengarkan bacaan al-quran plak..Jom...

Saturday 11 August 2012

Subhanallah!! Budak Berusia Setahun Sudah Mengandung

Sumber: My Berita

Seorang budak berstatus bayi kecil telah menggemparkan dunia perubatan di negara Arab. Budak tersebut telah dianalisis dan didapati terdapat satu objek seperti bayi dalam kandungan dalam perutnya.

Awalnya saya sangat tidak percaya dan saya menganggap ini spekulasi, tetapi setelah melihat hasil analisa pasukan doktor lengkap dengan gambar – gambar budak pelik dan kandungannya, seperti sukar untuk tidak dipercayai. Ini benar – benar fakta unik dan misteri kehidupan.

Budak berusia satu tahun ditemui hamil di Arab Saudi. Doktor mengatakan ini kes yang unik bagi dunia ini. Laporan Ilmu Perubatan mengatakan: ” Apabila ibu kanak-kanak ini hamil, dia mempunyai 2 janin dalam dirinya. Tapi salah satu janin tumbuh di dalam yang lain, inilah mengapa gadis ini lahir dengan janin dalam rahimnya. Pasukan Doktor Arab memastikan ini boleh saja terjadi dari sudut perubatan. Mari kita lihat gambar budak pelik setahun yang mengandung.







P/S: Ingat lagi ke kisah ibu kepada Nabi Isa iaitu Maryam yang melahirkannya suatu ketika dahulu. Ramai orang menuduh Maryam berzina kerana tidak berkahwin. Sedangkan itulah adalah kekuasaan Allah SWT.

Wednesday 8 August 2012

Kebijaksanaan Yahudi Menipu Kita...!

Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW. Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum.

Teruskan membongkar kebijaksanaan yahudi menipu umat Islam... Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah: "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil"

Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wani ta. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Secara kesimpulannya para kafir ajen Al-Masih Dajjal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua. HATI-HATI kawan!

Moral of the article, saya nak elakkan minum air bergas, makan hati ayam/lembu, makan megi/fast food, dan cuba kerapkan minum susu kambing dan mkn daging kambing, insyaAllah,, niat yg baik dibantu Allah.

Friday 3 August 2012

Jom buka puasa di Kelantan

Assalamualaikum,,seronoknyaaa dpt berbuka puasa di kampungku, Pasir Puteh, Kelantan. Pada bulan puasa ni, mmg byklah bazar-bazar Ramadhan dan pelbagai jenis makneka makanan ada. Sedap2 blake. Yang pastinya tahun ni harga makanan meningkat sedikit dari tahun lepas. Tapi xpelah, asal sedap dan bersih.

Antara bazar Ramadhan yg keluarga saya pilih ialah di Tanah Merah, Jerteh, Kg. sireh dan stadium Kota Bharu klau hujung minggu. Antara feveret saya, menu wajib la katakan...

Ayam Percik Kg. Sireh

seketul ni RM 7..tahun lepas nya cite RM 6.

Kepak ayam percik pun ada...
Kat Kg. Sireh ni, lokasinya depan Nordin Batik. Kul 1 tghari dah bukak,,ramai betul orang...sampai sesak nafas mak nak tunggu giliran, tp dah menu wajib, kugagahi juga lah :) Tapi xblh lawan orang ramai kat Stadium KB lah,, singgah juga la kjap nak beli kuih muih dan solok lada.

Bunga Tanjung

Lompat Tikam

Ketupat Daun Palas

Nasi Tumpang

Tepung Pasung..teringin plak sbb selalu Ma belikan masa berpantang dlu...

Butir Nangka

On the way balik Pasir Puteh, singgah jap kat gerai dekat Wakaf Tuan Farer beli Butir Nangka ni,,ermmm sedap woOoOo...

P/S: Semuanya pasal makanan kan?? makan berpada2 bulan puasa ni yer, jgn diikutkan sangat nafsu tu..hehe...